Blog

Betulkah manusia menggunakan otak sebanyak 10 peratus sahaja?

Pernah tak anda dengar bahawa kita dan kebanyakan manusia lain hanya menggunakan maksimum 10 peratus sahaja dari kemampuan sebenar otak kita ?

Satu kajian pernah dijalankan untuk mengesahkan pendapat ini dan hampir 65 peratus penduduk di Amerika Syarikat yang ditanya rata-rata bersetuju dengannya.

“Albert Einstein guna 20% sebab itu dia seorang yang genius”, lagi satu ayat yang biasa dikumandangkan kepada kita.

Sebenarnya, apa yang diperdengarkan kepada kita selama ini hanyalah satu mitos semata-mata.

“Tidak ada sebarang kebenaran padanya” menurut Barry Gordon, seorang pakar neurologi di Sekolah Perubatan John Hopkins Baltimore.

Katanya lagi, mitos ini mungkin datangnya dari sesetengah orang yang mewujudkan konsep tentang otak mereka sendiri kerana ketidakmampuan mereka dalam memaksimakan fungsi otak mereka.

Namun, beliau menjelaskan bahawa dalam keadaan tertentu seperti hanya duduk  berehat sambil berfikir adalah waktu yang berkemungkinan kita menggunakan 10 peratus sahaja kemampuan otak kita.

Balik kepada persoalan  tadi, cuba kita fikirkan:

Mengapa otak yang hanya 3 peratus dari berat badan manusia tetapi memerlukan 20 peratus tenaga untuk mengfungsikannya?

Purata berat otak manusia lebih kurang 1.3kg, bahagian paling besar adalah cerebrum yang bertanggungjawab ke atas fungsi kognitif seperti merancang dan membuat keputusan. Cerebellum pula mengendalikan fungsi motor seperti kordinasi pergerakan dan keseimbangan badan manakala brain stem lebih khusus ke atas fungsi yang tidak boleh kita kawal seperti bernafas dan berpeluh.

Kebanyakan tenaga yang digunakan adalah untuk mengaktifkan dan menghubungkan berjuta-juta neuron antara satu sama lain. Saintis percaya aktiviti inilah yang sebenarnya paling banyak menggunakan tenaga untuk meningkatkan keupayaan fungsi kognitif manusia. Selebihnya, tenaga ini digunakan untuk mengawal aktiviti -aktiviti lain seperti kadar nadi jantung(fungsi tidak sedar) dan memandu kereta (fungsi sedar).

Pada hakikatnya, komunikasi di antara neuron-neuron ini tidaklah berlaku  dengan serentak pada setiap masa, namun berdasarkan  kajian yang dibuat menggunakan kaedah pengimejan resonan magnetik (fMRI) membuktikan bahawa otak manusia tetap kekal aktif secara berterusan sepanjang 24 jam, sama seperti otot-otot manusia juga.

John Henley, seorang lagi pakar neurologi mengatakan bahawa kajian yang dilakukan akan membuktikan bahawa otak manusia sebenarnya difungsikan sebanyak 100 peratus.

Menurut beliau, bahagian ‘frontal cortex’ yang bertanggungjawab ke atas aktiviti-aktiviti seperti berfikir dan ‘wujud kesedaran mengenai sikap, tindakan dan perubahan yang kita lakukan’  ataupun bahagian ‘somatosensori’ yang membantu agar peka pada persekitaran kita sentiasa aktif berfungsi walaupun semasa kita sedang tidur.

Untuk lebih mudah faham bagaimana otak manusia digunakan lebih dari 10 peratus, kita boleh ambil satu contoh mudah iaitu  meminum kopi.

Visualisasikan yang anda sekarang sedang berjalan menuju ke meja makan dan  mencapai teko, mengangkat dan menuang kopi ke dalam cawan. Kemudian,  anda menambah gula atau krim pula ke dalam cawan kopi itu dan menggaulnya serta menghidu bau harum kopi tersebut sebelum menikmatinya.

Ketika anda melakukannya, beberapa bahagian otak seperti ‘parietal lobe’, ‘motor sensory’, ‘basal ganglia’, ‘cerebellum’ dan ‘frontal lobe’ semuanya diaktifkan. Satu rangkaian aktiviti sepantas kilat yang melibatkan berjuta-juta neuron berlaku di semua bahagian otak tadi dalam masa beberapa saat sahaja!

Kalau anda masih mendengar cerita 10 peratus di luar sana, sekarang anda sudah ada jawapannya.

Sumber : Scientific American, Medical News Today

Coach Ralph

Certified Professional Trainer (Associate Fellow)

In Cognitive Development

Cambridge Global Learning

United Kingdom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Chat sekarang
    1
    Ada pertanyaan?
    Salam. Boleh saya bantu?