Blog

Kesan dehidrasi ke atas minda anda!

73% adalah air semata-mata di dalam otak manusia.

Dehidrasi tubuh anda jika melebihi 2% sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kehilangan fokus, mengurangkan keupayaan kognitif (pembelajaran, kefahaman, pengendalian) dan daya ingatan.

Cuba imbau ingatan anda ketika berada di dalam kelas waktu zaman persekolahan dahulu ataupun masa yang berlalu di hadapan komputer di tempat kerja, ataupun leka dengan ‘game’ dan ‘whatsapp’ di telefon pintar, menonton program menarik di televisyen dan aktiviti-aktiviti lain seperti berlari, berbasikal ataupun yang seumpamanya.

Ada tak kebiasaan meminum air ?

Kalau tidak ada ataupun kurang ia pasti ada memberi kesan langsung yang menyumbang kepada kehilangan konsentrasi, kehilangan idea, kurang daya kreativiti mahupun kepenatan tubuh badan seperti istilah ‘bonk’ yang biasa digunakan oleh ahli sukan berbasikal.

Meminum air (perut kosong) sejurus bangun dari tidur sangat baik untuk badan anda.

Ini adalah kerana perut ataupun ‘gut’ merupakan otak kedua (second brain) yang memainkan peranan penting dalam pengaktifan sistem saraf badan anda.

Kajian telah membuktikan bahawa terdapat 100 billion neuron di dalam otak manusia  manakala perut pula mengandungi 500 juta neuron yang terhubung antara satu sama lain melaui sistem saraf di dalam badan anda.

Contoh mudah untuk memahaminya adalah seperti menghidupkan dan memanaskan enjin kereta sebelum dikendalikan bagi memastikan setiap komponen ‘berinteraksi’ antara satu sama lain.

Secara amnya, anda pasti sedia maklum pengambilan air adalah dalam 8 gelas sehari ataupun berat kg anda darab dengan 0.033 (boleh hitung sendiri) untuk mendapat kiraan yang lebih tepat.

Namun, ia juga bergantung kepada penglibatan anda dalam pelbagai aktiviti lain. Contohnya seperti berkebun atau bersenam.

Adakalanya tubuh badan anda akan tetap terhidrat walaupun kurang meminum air sekiranya anda memakan sayur dan buah-buahan (yang juga mengandungi air).

Apapun yang anda lakukan pastikan anda meminum air yang secukupnya bagi memastikan minda anda sentiasa dalam keadaan positif dan pro aktif.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran :

 AL ANAM:99

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
 
Ayat ini menjelaskan tentang peranan air ke atas penciptaan Allah dan kepelbagaian hasil daripadanya.
 
Pengambilan air yang secukupnya secara konsisten akan mengaktifkan fungsi minda lantaran menghasilkan buah fikiran yang positif.
 
Manfaat meminum air yang secukupnya adalah salah satu modul penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang telahpun dilaksanakan di ASPEN Academy. 
 

Pepatah Arab  berbunyi :

Al ‘aqlus salim fil jismis salim
(‘akal yang sejahtera datang dari tubuh yang sihat).

Coach Ralph
Certified Trainer in Cognitive Development
Cambridge Global Learning, UK

One thought on “Kesan dehidrasi ke atas minda anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Chat sekarang
    1
    Ada pertanyaan?
    Salam. Boleh saya bantu?