Blog

Garam berlebihan boleh merosotkan fungsi otak?

Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan kebaikan dan keburukan pengambilan garam.

Namun, ada satu kajian yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan.

Kajian ini menyatakan bahawa garam boleh menyebabkan berlakunya perubahan di dalam  usus kecil lantaran memberikan kesan ke atas fungsi otak manusia. Menarik bukan?

Bagaimana?

Satu permerhatian telah dilakukan ke atas keupayaan fungsi kognitif (otak) tikus makmal ;

  • 8 kali ganda pengambilan garam melebihi tahap biasa bagi sekumpulan tikus, manakala
  • 16 kali ganda bagi sekumpulan tikus yang lain

 

Keputusannya?

Kedua-dua kumpulan tikus makmal tersebut mengalami kemerosotan fungsi kognitif (otak) dalam tempoh 8 – 12 minggu.

Apa yang berlaku ?

Kumpulan tikus-tikus ini tadi tidak berupaya untuk mencari jalan keluar melalui labirin (maze) dan membezakan objek-objek yang dilihat oleh mereka.

Penjelasan saintifik.

Pengambilan garam yang tinggi akan merangsang usus kecil untuk mengeluarkan sejenis sel darah putih yang dipanggil TH17 secara berlebihan.

Reaksi ini pula akan menyebabkan peningkatan protein IL-17 di dalam sistem imunisasi manusia.

Apa kaitannya ?

IL-17 ini akan menyebabkan pengurangan jumlah *nitrik oksida di dalam tubuh manusia.

Nitrik Oksida – (peranannya melebarkan saluran darah supaya pengaliran darah menjadi lancar)

Kesannya?

Apabila nitrik oksida berkurangan, saluran darah menjadi sempit lantaran menyebabkan aliran darah ke otak menjadi sedikit.

Kurang darah bermaksud kurang oksigen dan nutrisi yang mengalir ke dalam otak manusia yang menjadi punca kemerosotan fungsi otak manusia yang menyebabkan penyakit seperti darah tinggi dan sumbatan pada saluran jantung.

Dari sudut perspektif Islam, pengambilan garam ada dikaitkan dengan sebuah hadis yang menyebut tentang amalan Rasulullah SAW memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan yang bermanfaat untuk menghindarkan dari pelbagai jenis penyakit.

Namun, apabila dibahaskan, hadis ini sebenarnya mempunyai sejumlah perawi yang dinilai dhaif (lemah) dan tidak dikenali. Ternyata, di dalam amalan cara hidup Islam belum ada sebarang sumber rujukan yang boleh disandarkan bagi mengalakkan penggunaan dan pengambilan garam (secara berlebihan).

Bersederhana adalah pendekatan yang terbaik dalam setiap urusan termasuklah dalam memelihara kesihatan tubuh badan kita.

Setiap jenis penyediaan dan pengambilan makanan perlulah diteliti bahan-bahan yang digunakan di dalamnya. 

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran :

فَلْيَنظُرِ ٱلْإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦ

maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.

Surah Abasa’: Ayat 24

Amalan pemakanan seimbang adalah salah satu modul penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang telah pun dilaksanakan di ASPEN Academy. Pelajar-pelajar di sini sudah dibiasakan dengan amalan memakan buah-buahan sebelum menikmati hidangan makan tengahari yang mengikuti ciri-ciri makanan seimbang.

‘Tubuh Sihat Otak Cerdas’

 

Sumber :

WebMD – Excess Salt May Hurt Your Brain

* Kajian dijalankan oleh Dr. Ladecola, seorang saintis yang terkenal di peringkat antarabangsa atas kepakaran beliau di dalam bidang penyakit cerebrovascular dan dementia yang memiliki Ijazah Kedoktoran dari Universiti Rome, Italy.

2 thoughts on “Garam berlebihan boleh merosotkan fungsi otak?

    1. Terima kasih atas soalan yang diutarakan.
      Artikel ini adalah dalam konteks kesan penggunaan garam dalam amalan pemakanan.
      Bagi atlet ataupun ahli sukan endurance pengambilan sodium memang diperlukan bagi menggantikan kehilangan bendalir dan elektrolit dalam tubuh kesan dari aktiviti yang dijalankan.

      Antaran pautan yang boeh dirujuk sebagai bahan bacaan.

      https://may.topbrainscience.com/more-salt-doesnt-mean-better-performance-78628

      https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4306770/

      Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Chat sekarang
    1
    Ada pertanyaan?
    Salam. Boleh saya bantu?