Blog

ADA KE HORMON KEBERSIHAN?

Bersih, suci.

Kebersihan adalah satu topik yang sangat sinonim dengan semua orang apatah lagi bagi orang Islam.

Islam itu bersih.

Merangkumi semua aspek kehidupan.

Menjaga kebersihan dan memastikan keadaan sekeliling sentiasa teratur amat penting dalam mempraktiskan kesihatan mental yang baik apatah lagi dalam suasana pandemik sekarang.

Ruangan yang semak dan tidak teratur boleh menyebabkan kemampuan otak merosot dalam memproses maklumat dan membuatkan diri kita menjadi tidak selesa.

Implikasi ini bukan sahaja boleh berlaku di rumah malahan di tempat kerja juga.

Apabila berada dalam situasi ini otak manusia akan merembeskan hormon kortisol ataupun dikenali sebagai hormon stres yang merupakan tindakbalas akibat tekanan dan kepenatan.

Kemampuan untuk fokus pada sebarang kerja atau urusan juga akan merosot kerana ‘kortek visual’ menjadi penat melihat benda-benda yang tidak relevan di hadapan kita.

Secara tidak langsung, sistem imunisasi badan kita juga akan menjadi lemah dan terjejas.

Maka kita akan lebih mudah untuk jatuh sakit.

Dengan menjaga kebersihan pula ia dapat merangsang diri kita agar lebih bersikap positif dalan mengendalikan tugasan atau kerja harian dengan lebih efektif.

Tetapi bagaimana ?

Apabila kita melakukan sebarang bentuk kerja, hormon endorfin akan dirembeskan. Endorfin ini akan terus berinteraksi dengan reseptor di otak kita, mengubah persepsi dan  perasaan yang negatif menjadi positif di dalam badan kita.

Dengan memberikan tumpuan kepada kebersihan dan kekemasan, ia dapat menggalakkan tabiat yang sihat dan menjadikan kita lebih produktif.

Kalau kebersihan dapat dijadikan sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian, penampilan ‘dalaman’ kita juga akan menjadi lebih bersih dan sihat serta membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

Dari sudut psikologi, ia akan menjadikan kita orang yang lebih optimistik.

Ia akan meningkatkan keyakinan diri dan merangsang ‘tangga kejayaan’ dalam diri kita.

“Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi).

 

Coach Ralph

Certified Professional Trainer

In Cognitive Development

Cambridge Global Learning

United Kingdom

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Chat sekarang
    1
    Ada pertanyaan?
    Salam. Boleh saya bantu?